Wednesday, June 20, 2012

HIKAYAT SANG KANCIL DAN MONYET


TONTON VIDEO INI YA MURID-MURID

NYATAKAN APA NILAI PENGAJARAN BERDASARKAN VIDEO TERSEBUT



1._______________________
2._______________________
3._______________________



Tuesday, June 19, 2012

LENGKAPKAN PANTUN DIBAWAH




1. ________________________
    ________________________
    Azam yang kuat terpahat di hati,
    Kejayaan diri itulah yang dicita.

2._________________________
   _________________________
   Susah payah dihadapi jua,
   Usahlah kita berasa kesal.

3. _________________________
    _________________________
    Budak Miskin rajin berusaha,
    Akhirnya dia menjadi kaya. 
LATIHAN TATABAHASA


1Beberapa _______________ awan hitam kelihatan berarak di langit.
A
ketul
B
gumpal
C
gulung
D
rumpun

2Ayah membeli se_____________ jala dan beberapa ____________ mata kail di kedai Seong Huat.
A
keping…buah
B
helai…butir
C
rawan…bentuk
D
pasang…gugus
3Pak Malek mempunyai se_______________ kambing dan tiga___________ sawah.
A
kawan…buah
B
kumpulan…batang
C
kandang…bidang
D
gerombolan…rumpun
4
Se____________ pucuk ubi berharga lima puluh sen.
A
kuntum
B
buku
C
cucuk
D
cekak
5Baju kurung Halimah kotor kerana terkena beberapa ___________ dakwat .
A
biji
B
buah
C
titik
D
jambak
6Beberapa ____________ buluh hidup subur di tepi se____________ sungai di kampung itu.
A
batang….rumpun
B
rumpun…batang
C
ruas…buah
D
ulas…kawan

7Zarina hanya sempat minum se____________ jus mangga itu.
A
timbun
B
keping
C
teguk
D
utas
8
Peniaga itu sedang memerah beberapa _____________ tebu.
A
ulas
B
biji
C
butir
D
ruas
9Zailani menghadiahkan se_____________ anting-anting dan se____________ rantai kepada tunangnya.
A
bentuk…urat
B
butir…butir
C
pasang…utas
D
lembar…kaki
10Di dalam bakul itu ada se______________ pisang nangka dan lima _____________ petai.
A
helai…biji
B
sikat…batang
C
biji…ruas
D
tandan…papan
LATIHAN MENULIS KARANGAN




LATIHAN 1

Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan yang bertajuk "Perlunya kita menjaga alam sekitar". Tulis teks syarahan kamu selengkapnya.
Pendahuluan
persekitaran yang bersih - rakyat sihat
Isi
1 meningkatkan kesedaran - kempen menanam pokok-pokok
2 cintakan keindahan alam sekitar - hidupan flora dan fauna
3 menjaga hutan, udara bersih, sumber airhidupan liar
4 Negara indah, menarik pelancong berkunjung
Penutup
Tanggungjawab semua rakyat - aman damai, sihat sejahtera.

LATIHAN 2
Pada waktu rehat, kamu dan kawan kamu berbual-bual tentang,"Faedah mempelajari seni mempertahankan diri".Tulis perbualan kamu itu selengkapnya.
Pendahuluan
kemahiran mempertahankan diri dapat menjaga diri
Isi
1 menyihatkan badan, meningkatkan kecergasan
2 membentuk disiplin,patuh arahan, mewujudkan pemikiran positif
3 kegiatan masa lapang, mengelakkan daripada gejala negatif
4 mempertahankan diri, membantu orang yang dianiaya
Penutup
kepelbagaian seni mempertahankan diri, daya tarikan pelancong


LATIHAN 3

Tulis sebuah karangan bertajuk "Faedah bergotong royong."
Pendahuluan
melakukan kerja secara beramai-ramai
Isi
1 dapat menjimatkan masa dan tenaga
2 sesuatu kerja besar dan sukar menjadi ringan
3 memperkukuh ikatan perpaduan di kalangan anggota masyarakat
4 mewujudkan suasana harmoni dan saling hormat-menghormati
Penutup
amalan yang perlu diteruskan, di kampung atau di bandar
APA YANG KAMU NAMPAK ?




Kata- Kata

                                           \

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.


Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.


Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.


Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 


Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

mari baca

Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin


Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang                                        
Nampak kambing pandai bersilat


Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala


Buah jering dari Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagi ketawa
Dengar tupai baca kitab